it's 2020 Time !
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dah 2020 dah guys! dekat 3 tahun aku tak tulis atau 'post' apa-apa dalam blog ni. Sumpah terasa karat penulisan aku sekarang. Dulu, bukan mainlah bermadah dan merapu (kalau korang baca 'entry' yang lepas) 😂. Takpelah, asal aku boleh buang masa kat sini dengan tulis nukilan-nukilan hati. Tibe . Aku nak lari kejap dari isu-isu sampah yang berleluasa di Malaysia saban hari dek penularan Wabak Covid-19 antaranya; isu Berita Palsu, Artis vs Netizen, Hand Sanitizer Ruqyah?, Penjual Itik Kolot & Sebagainya. Aku tak de komen dah pasal isu-isu ni sebab dah banyak aku maki atau 'triggered' dalam laman so-SIAL aku. Terutamanya, di Twitter yea ! 😂 yang dikenali sebagai lembah atau lubuk segala taburan fitnah dan nafsu semata-mata. Tibe lagi. Mana taknya, aku kesal kejap dengan sikap sengelintir masyarakat yang sangat pentingkan diri sendiri. Sehinggakan, Kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun tak faham-faham bahasa lagi. Bahkan, seronok lagi lepak ramai-ramai bak kedai kopi dan siap sekali maki polis. Para petugas hadapan (frontliners) iaitu terdiri daripada jururawat, polis, doktor dan lain-lain berhempas pulas lah nak jaga keselamatan dan kesihatan kita walhal ada segelintir masyarakat (lahanat) yang seronok mencari penyakit. Kalau virus korona ada ubat tak pe lah ini kajian penyelidikan vaksin pon masih dijalankan lagi 😭. Jadi, mereka ini (lahanat) amat menyusahkan dan merumitkan lagi keadaan. Hah kan dah kena tambah kuarintin lagi 2 minggu !. Emosi kejap aku🤣. Tibe lagi. Dengan segala isu yang aku kaitkan, dah boleh nampak mana mentaliti masyarakat kita, bukan?. Sedih rasa, Tahun 2020 ini sepatutnya jadi tahun aspirasi dek Wawasan 2020 yang jadi tonggak utama bekas Perdana Menteri kita yang Ke 4 & 7; Tun Dr Mahathir Mohamad. Jadi, inikah wawasan 2020 dengan mentaliti masyarakat yang sedemikian rupa? Impian dan Imaginasi aku masa lukis-lukis kereta terbang, bandar terapung dan segalanya lah yang levitasi dulu punah dengan 'otak-otak dan duit-duit masyarakat yang terbang'. Takpelah, Wawasan 2020 pun dah digubal dan disusun semula dalam dasar baru iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50). Jadi, tak yah gelabah & risau. Haha. Secara ringkasnya, masyarakat kita masih kurang didikan, kurang penghayatan atau semangat kenegaraan dan kurang rasa simpati dan empati (*rasa macam ayat karangan BM, SPM). Kalau kita cukup dengan sifat-sifat seperti ini nescaya takdelah isu si kaya kutuk si miskin, sebaran maklumat palsu atau dulu orang panggil surat layang-layang, dan segala benda yang tak relevan yang akhirnya hanya mencetuskan keributan. Okay lah, aku berhenti nukilan aku kat sini dulu. Segala kata buruk atau tak indah maafkan hamba😂 (*suka hati aku la blog aku). Andai ada pendapat ke, Idea ke, hah boleh komen ruangan yang tersedia. Aku terima sahaja segala tomahan dan perbezaan pendapat :'). Tibe lagi. Jumpa lagi dalam suapan berikut. Bye !


Comments
Post a Comment