Dilema selepas STPM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
bertemu kita lagi dalam rancangan..... 'Tanyalah faiz' (*feeling show sendiri). Okay itu semua propa macam topik aku hari ini. Aku nak kongsi pengalaman dan dilema dekat pembaca-pembaca blog aku yang mungkin datang dari pelajar sekolah, kawan aku sendiri, pelajar universiti atau rakyat marhaen yang datang daripada latar belakang yang berbeza. Agituhh. Jarang sekali, ada orang nak cerita masalah dia dalam platform ini yea😂. Ko sekolah tak?. Okay tak pe yang lepas biar lepas, dalam kelapang dek musim corona aku nak ceritalah alkisah dilema aku sebelum menjejak masuk ke menara gading. Faiz dah masuk universiti? Yea kawan-kawan aku dah berjaya masuk universiti dan melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda. Cerita pasal universiti? Hah tunggu entry lain !!. Nak dijadikan cerita, lepas sahaja STPM aku terus terfikir apa nak jadi dalam hidup aku dan gundah menunggu keputusan pada bulan March 2019. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau (IIUM) sememangnya jadi universiti impian aku sejak dapat keputusan SPM malah aku dapatan tawaran program asasi. Yea, aku dapat tawaran asasi UIAM. Aku tak pergi sebab akur dengan nasihat ayah aku. Jadi, aku masuk lah STPM atau dikenali sebagai form 6 disebuah Kolej Tingkatan Enam di Ipoh. Dimana penuh dengan tekanan, herdikan dan cacian yang aku tempuhi sepanjang masa pengajian setahun setengah🙃. Sebab itu, aku dah pelan-pelan berhenti menulis blog sebab sibuk dengan hidup. Tambahan lagi, pelbagai liku-liku, drama dan cabaran aku hadapi dan hampir membuatkan aku separuh gila. Pada masa itu, tiada siapa yang tahu betapa kosongnya jiwa aku. Baiklah aku kongsikan sedikit beban yang aku tanggung, Ayah aku terlantar sakit, aku anak sulung, tekanan dari kolej terutamanya pengetua, tanggungjawab MPP dan sebagai seorang pelajar, kerja yang menimbun, drama intaian gila (*pasang spy) dan sebagainya. Aku tak nak cerita lebih-lebih dan cukup lah dengan apa yang terjadi. Episod-episod duka ini biarku terus jadi kenangan dan terpahat di hati. Tibe. Alhamdulillah, aku hidup lagi dan tak sangka sampai ke tahap ini dan membuatkan aku terus kuat walaupun apa terjadi. Tragis bukan?. Jadi, pada bulan tiga aku dapat keputusan STPM yang agak cemerlang (*naik pentas yea). Cemerlang ke? CGPA? memang aku tak kuasa aku nak kongsi keputusan aku sebab aku suka berendah diri walaupun aku tinggi😂. Tibe lagi. Dah dapat keputusan, sumpah aku rasa tak sabar nak masuk universiti impian aku; UIAM sehinggalah sampai satu masa aku rasa tak nak sambung belajar😭 (*topik kali ini memang plot twist dan drama, harap maklum). Aku tak nak sambung belajar sebab kewangan keluarga aku tak berapa stabil dek kerana kos rawatan ayah aku yang lepas dengan nak tampung hutang-hutang lain lagi. Aku anak sulung dan aku fikir jauh. Bagi tak membebankan keluarga aku nekad nak simpan impian dulu dan kumpul duit. Jika tidak pun, tiba-tiba masa itu aku rasa nak masuk UUM sebab kos pengajian dan sara hidup dia murah di situ berbanding IIUM yang berada di kawasan kota raya. Jadi, memandangkan aku ada baki masa 7 bulan sebelum nak masuk ke Universiti dan tunggu keputusan UPU, aku kerja lah jadi promoter di sebuah pasaraya yang terletak 5KM dari rumah aku. Okaylah, cari pengalaman. Masa tu baru aku tahu perihnya simpan duit, bergelora nafsu nak beli macam² dari telefon aku yang cikai, skrin pecah dah beli telefon pintaran keluaran baru² waktu tu juga. Terfikir sejenak, aku keluarkan duit banyak sikit tapi ada tabungan. Duit masa tu kata aku tak pernah pulak putus. Syukur, ada sahaja rezeki yang Allah bagi dalam macam-macam bentuk. Sampai lah satu ketika, keputusan UPU aku keluar, memang jodoh aku dengan UIAM ni kuat sejak SPM. Entah mengapa. Nak tak nak aku berpasrah dengan takdir tuhan. Jadi, aku khabarkan keputusan itu pada ayah aku. Dia kata 'pergilah'... aku gelabah sikit dan terfikir... kalau aku pergi ini betul ke jalan yang aku pilih?. Alhamdulillah, dengan tabungan dan rezeki aku yang melimpah ruah boleh dikatakan 80% kelengkapan dan yuran kemasukan aku tanggung sendiri. Mungkin berkat doa aku, ibubapa dan rakan-rakan dan umat yang tak pernah putus mendoakan keberkatan dan kerahmatan kita tanpa kita sedari, kan?. Kau terus mendustakan nikmat tuhan ! (*Sentap kejap). Maka, rakan-rakan pembaca sekalian apa yang aku boleh rumuskan disini, setiap apa jua kesusahan atau pancaroba yang melanda pasti ada hikmah dan ganjaran disebaliknya nan tuhan sememangnya maha penyayang dengan hambaNya. Setiap kali aku diuji, meningkat juga kematangan aku seiring usia. Jadi, perkara penting untuk buat apa-apa dalam kehidupan itu niat dan perancangan kena ada. Lalu, disusuli juga dengan tindakan. Kalau 'plan ' tak jalan sangat sia-sia yea. Dalam fasa ini memang kita banyak kena bersabar dan berdisplin. Aku percaya pada konsep kita hendakkan sesuatu perlu korbankan sesuatu. Tibe pulak falsafah. Jangan mudah putus asa, sesungguhnya ketekunan itu memang kunci segalanya yea😭. Kalau jatuh, bangkit semula begitu juga seterusnya. Jadi, dari rasa yang nak hampir mati, kini, aku bak hidup semula 😂. Bukankah hidup ini bagaikan pusingan roda?. Percaya pada diri sendiri kita boleh buat kalau kita berkemampuan. Jangan terlalu ekstrim dan jangan terlalu jauh dari landasan hidup kita. Apa jua yang kita pilih dan lakukan kesannya berbalik pada diri kita sendiri bukan orang lain. Baiklah cukup sahaja 'entry' aku kali ini. Moga-moga segala kata-kata aku yang panjang menjela dapat memanfaatkan rakan pembaca semua didunia dan akhirat. InshaAllah. Berjumpa lagi kita dalam suapan berikut, mungkin aku cerita pasal pengalaman pertama di UIAM. Byee !!

Comments
Post a Comment